Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SGF) meluluskan cadangan pemberian pingat gangsa kepada acara yang hanya disertai tiga atlet walaupun ia bertentangan dengan 29 edisi lalu.

Buat kali pertama dalam sejarah, SGF meluluskan pemberian gangsa kepada pemenang yang menyertai sekurang-kurangnya satu acara membabitkan tiga peserta.

Sebelum ini, jika terdapat tiga peserta dalam satu acara, hanya pemenang emas dan perak akan diberikan pingat.

Tindakan itu bagi menghormati semangat dan kesungguhan atlet yang berlatih tatkala penarikan diri saat-saat akhir bukan hadir daripada kesilapan atlet.

Buat Malaysia, nama yang akan terbabit dengan situasi itu adalah atlet heptatlon, Norliyana Kamaruddin, di mana acaranya hanya membabitkan tiga peserta.

"Ini adalah kali pertama sejak Sukan SEA menawarkan banyak acara. Jadi, kami membuat keputusan untuk memberikan gangsa walaupun hanya melibatkan tiga atlet.

"Bukan salah mereka jika sesebuah acara itu hanya dipertandingkan oleh tiga penyertaan. Ada yang menghantar penyertaan tetapi menarik diri di saat-saat akhir," kata Presiden SGF, Abraham Tolentino.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.