Sepak takraw: Abdul Talib akur 'emas' Malaysia dirompak

Oleh Staff Writer 9 Disember 2019 1806
Sepak takraw: Abdul Talib akur 'emas' Malaysia dirompak
Ketua jurulatih sepak takraw negara, Abdul Talib Ahmad, akur hanya dengan pemburuan pingat perak dalam saingan antara regu setelah kemenangan mereka ke atas Thailand tampak 'dirompak' lawan.

Semalam, perlawanan menentang Thailand mencetus kontroversi apabila pengadil dikatakan membatalkan dua mata skuad negara.

Ia ketika anak buah Abdul Talib mendahului lawan dalam set kedua dengan kedudukan 18-19 dan 19-20 sebelum kemenangan 21-19 memihak musuh tradisi Malaysia itu.

Memandangkan impian mempertahankan emas yang dimenangi ketika temasya Kuala Lumpur 2017 musnah, regu negara kini mengharapkan perak sebagai pengubat duka terbaik.

"Pemain sudah cuba yang terbaik dalam set kedua tetapi saya rasa ada gangguan daripada segi keputusan pengadil. Namun, perkara itu telah saya ingatkan kepada pemain dan saya sangat kecewa.

"Saya meminta pemain agar lupakan perkara itu dan harungi baki perlawanan bagi mencapai sekurang-kurangnya perak," kata Abdul Talib.

Skuad kebangsaan meneruskan perjuangan mereka dengan menewaskan Vietnam 2-1 untuk kemenangan pertama dalam saingan round robin, hari ini.

Menang dengan keputusan 21-16, 19-21 dan 21-15, regu negara yang dibarisi Ahmad Aizat Azmi, Farhan Adam dan Afifuddin Razali berdepan wakil tuan rumah, Filipina, dan Singapura dalam baki dua perlawanan esok.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen