Renang: Welson tidak mahu hilang emas

Oleh Penulis Jemputan 7 Disember 2019 756
Renang: Welson tidak mahu hilang emas
Perenang negara, Welson Sim, mahu memastikan pingat emas acara 200 meter gaya bebas Sukan SEA Filipina selepas mencatatkan 1 minit 48.79 saat dalam pusingan saringan di Pusat Akuatik New Clark City hari ini.

Bagaimanapun, dia mengakui catatan itu masih belum cukup untuk mencabar jaguh Vietnam, Hoang Quy Phuoc, dalam final. 

Perenang berusia 22 tahun itu mahu menggunakan strategi baru bagi mempertahankan pingat emas yang diraihnya dalam edisi di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

"Saya agak gementar juga kerana dia sangat bagus.

"Saya tahu strateginya, dia akan mengeluarkan segala-galanya sejak awal perlumbaan.

"Sama juga dengan perenang dari Singapura.

"Saya harus berwaspada dan menggunakan strategi terbaik," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen