Renang: Jinq En tidak sangka raih pingat 

Oleh Penulis Jemputan 5 Disember 2019 551
Renang: Jinq En tidak sangka raih pingat 
Phee Jinq En tidak menduga dapat menyumbang pingat gangsa kepada kontinjen negara dalam Sukan SEA Filipina.

Dalam aksi 200 meter kuak dada wanita itu, atlet berumur 22 tahun itu mencatat 2 minit 32.38 saat untuk menaiki podium di Pusat Akuatik, Clark, sebentar tadi. 

"Saya langsung tidak kisah sama ada dapat memenangi pingat atau tidak. 

"Catatan saya pada sebelah pagi (2:35.82s) lebih baik daripada temasya lalu, jadi saya sangat gembira," katanya. 

Sebelum itu, dalam acara 1,500m gaya bebas lelaki, Sebastian Soon mencatat 15:49.66s untuk berada di kedudukan kelima manakala Chan Jie di tempat keenam (24.48s) dan Bryan Leong tercorot (24.93s) dalam acara 50m kuak kupu-kupu lelaki. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen