Ragbi: Kepantasan jadi senjata utama Malaysia

Oleh Staff Writer 22 November 2019 113
Ragbi: Kepantasan jadi senjata utama Malaysia
Ketangkasan.

Itu kunci yang akan digunakan skuad ragbi tujuh sepasukan negara dalam usaha mempertahankan pingat emas setelah tuan rumah Sukan SEA, Filipina, menyenaraikan beberapa pemain naturalisasi menjelang temasya dwitahunan itu hujung bulan ini. 


Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Saizul Hafifi Md Noor, kekal optimis Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri bagi memastikan emas masih dipertahankan dalam saingan edisi ke-30 itu. 

"Kalau berdasarkan pemain yang bermain dengan Filipina, kelebihan kami adalah larian pantas. Kami mempunyai ramai pemain begitu. Jadi, kepantasan adalah kelebihan kami berbanding secara fizikal. Ia boleh menjadi senjata untuk menguasai permainan nanti," katanya.

Dalam masa sama, kapten pasukan, Mohamad Nasharuddin Ismail, menegaskan keyakinan pasukan kini berada di tahap tertinggi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Alhamdulillah. Bagi saya, persiapan untuk dua kejohanan besar, iaitu saingan kelayakan Sukan Olimpik serta kempen Sukan SEA berjalan lancar. Pemain nampak bersedia daripada segi mental dan fizikal."

Dalam temasya dua tahun lalu di Kuala Lumpur, pasukan kebangsaan melakar kejutan apabila merangkul emas.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen