Ragbi 7's: Skuad negara akur raih perak

Oleh Penulis Jemputan 8 Disember 2019 867
Ragbi 7's: Skuad negara akur raih perak
Hasrat untuk melihat kilauan pingat emas Sukan SEA Filipina daripada skuad ragbi 7's negara tidak kesampaian apabila Malaysia tewas 0-19 kepada pasukan tuan rumah itu dalam final di Clark hari ini.

Filipina ternyata pasukan yang lebih baik dalam perlawanan penentuan itu apabila menghasilkan tiga try dan menyempurnakan dua conversion untuk Malaysia terpaksa akur sekadar meraih perak.

"Filipina pasukan yang bagus.

"Jadi, kami tidak cukup bagus untuk (menentang) mereka.

"Segala taktikal telah kami lakukan tapi masih tidak berjaya.

"Insya-Allah, kami akan mencuba yang lebih baik dalam edisi yang akan datang", kata pemain negara, Amalul Hazim Nasaruddin.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen