Atlet boling tenpin, Rafiq Ismail, antara nama yang disebut-sebut akan diberikan penghormatan sebagai pembawa bendera negara ketika perarakan masuk kontinjen dalam upacara pembukaan Sukan SEA Filipina yang akan bermula 30 November ini.

Bagi Rafiq, dia bersedia dan berlapang dada jika diberikan tugasan tersebut kerana menganggap ia sebagai tugasan istimewa yang diidamkan.

Sebelum ini, atlet berusia 22 tahun itu berjaya menamatkan kemarau 39 tahun apabila memenangi pingat emas dalam Kejohanan Boling Tenpin Lelaki Dunia di Hong Kong tahun lalu.

"Tidak semua atlet dapat bertindak selaku pembawa bendera negara dalam Sukan SEA. Ia adalah satu pengalaman yang boleh diceritakan kepada keluarga dan rakan-rakan selepas berakhirnya saingan itu nanti," katanya.