Petanque: Zani Lisa kagum kemampuan atlet negara

Oleh Penulis Jemputan 1 Disember 2019 264
Petanque: Zani Lisa kagum kemampuan atlet negara
Ketua jurulatih skuad petanque negara, Zani Lisa Mohamed, kagum dengan konsistensi yang  dipamerkan atlet negara selain optimis mampu membutirkan satu pingat emas daripada 70 yang disasarkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Zani Lisa melakukan percaturan menarik bagi temasya dwitahunan itu apabila menggandingkan pemenang pingat emas Kuala Lumpur 2017, Muhd Hafizuddin Mat Daud, dengan Saiful Bahri Musmin dan Syed Akmal Fikri Syed Ali dalam acara tiga sepasukan.

Biarpun hanya mempunyai tempoh dua bulan untuk membimbing pasukan, jurulatih berpengalaman itu yakin percaturannya akan membuahkan hasil dengan ketiga-tiga atlet tersebut dijangka akan menghadiahkan pingat emas buat Malaysia. 

Beliau turut optimis dengan usaha yang dilakukan mampu menghadirkan satu pingat emas buat kontinjen negara.

"Kami meletakkan sasaran untuk meraih pingat dalam setiap acara yang dipertandingkan dan yakin emas mampu dijelmakan atlet negara," katanya.

"Sebagai pasukan pilihan dalam acara ini, Malaysia tidak perlu gentar berdepan mana-mana negara dan apabila berada dalam kumpulan yang sama dengan Thailand, kami akan mengelak daripada bertemu mereka dalam separuh akhir."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen