Petanque: Misi wajib menang Nurashimah

Oleh Penulis Jemputan 2 Disember 2019 138
Petanque: Misi wajib menang Nurashimah
Atlet petanque negara, Nurashimah Senin, mempunyai misi wajib menang dalam aksi kelayakan kedua menentang Filipina selepas tewas kepada Kemboja dalam aksi pertama. 

Skuad petanque wanita negara gagal meraih kemenangan pertama Sukan SEA Filipina 2019 dalam acara tiga sepasukan selepas tewas kepada Kemboja 10-13. 

Bagaimanapun, Nurashimah menjelaskan mereka masih belum mampu mengatasi masalah gementar dan bertekad untuk bangkit dalam perlawanan seterusnya bagi memastikan pingat untuk negara.

"Kami mengambil pengajaran daripada kekalahan yang lepas dan tekad bangkit dalam dua perlawanan selepas ini. Kami cuba bangkit, namun ketinggalan jauh menyaksikan kami tewas ketika bertemu Kemboja," katanya.

Untuk rekod, dalam edisi dua tahun lalu, skuad petanque wanita negara meraih pingat perak, sekali gus menjadi harapan buat Malaysia dalam edisi ke-30 ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen