Persediaan penganjur di Subic di tahap terbaik -- Nurul Huda

Oleh Penulis Jemputan 28 November 2019 121
Persediaan penganjur di Subic di tahap terbaik -- Nurul Huda
Timbalan ketua kontinjen negara, Nurul Huda Abdullah, berpuas hati dengan persediaan tuan rumah di Subic meskipun terdapat venue pertandingan Sukan SEA Filipina yang masih belum siap sepenuhnya.

Subic yang sinonim sebagai pusat ekonomi dan pelancongan di Filipina menjadi salah satu lokasi pertandingan untuk Sukan SEA Ke-30 ini.

Membabitkan lapan venue untuk 17 jenis sukan, tinjauan mendapati pusat pameran dan konvensyen Subic untuk venue sukan seperti pencak silat dan muay thai masih belum siap sepenuhnya.

Namun, venue sukan lain seperti pelayaran dan bola tampar pantai tampak berada dalam keadaan lebih baik menjelang hari pertandingan untuk temasya dwitahunan itu.

"Sebagai penganjur, terdapat perkara yang harus dilakukan pada saat-saat akhir dan sama seperti Malaysia dua tahun lalu. Ia sudah dijangka dan kami mengambil langkah sebaik mungkin untuk menanganinya," kata Nurul Huda.

Walaupun masih ada kerja-kerja akhir untuk dilakukan, perkembangan di Subic sedikit-sebanyak memberi kelegaan kepada tuan rumah setelah dikritik hebat gara-gara isu venue tidak siap di Manila.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen