Perkampungan atlet New Clark City dibuka secara rasmi

Oleh Staff Writer 29 November 2019 131
Perkampungan atlet New Clark City dibuka secara rasmi
Bendera Malaysia berkibar megah di perkampungan atlet New Clark City ketika upacara rasmi menaikkan bendera kontinjen negara dalam Sukan SEA Filipina, semalam. 

Jalur Gemilang serta 11 lagi bendera negara Asia Tenggara lain dinaikkan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh tuan rumah sebagai tanda perasmian perkampungan atlet tatkala lagu kebangsaan setiap negara peserta dimainkan.

Majlis itu bermula dengan Jalur Gemilang dinaikkan, diikuti Brunei, Indonesia, Laos sebelum diakhiri Filipina.

Perkampungan atlet New Clark City sedia menerima kehadiran sekitar 1,800 atlet dari semua negara yang mengambil bahagian.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen