Pelayaran: Taufan Kammuri jejas saingan hari pertama, kedua

Oleh Staff Writer 2 Disember 2019 73
Pelayaran: Taufan Kammuri jejas saingan hari pertama, kedua
Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) membatalkan saingan hari pertama dan kedua acara pelayaran ekoran kebimbangan Taufan Kammuri yang dijangka melanda hari ini.

Bukan sahaja atlet Malaysia, malah setiap negara yang hadir bertanding dalam acara pelayaran bakal menghadapi kesukaran apabila Taufan Kammuri yang dijangka menjejaskan saingan Sukan SEA kali ini.

Tiga hari lalu, Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizikal dan Astronomi Filipina (PAGASA) mengeluarkan amaran bahawa Taufan Kammuri dijangka melanda beberapa kawasan, terutama Pulau Luzon Selatan, yang merupakan antara venue temasya itu.

Menyedari perkara itu, skuad pelayaran negara bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya bencana itu turut melanda Teluk Subic dalam masa terdekat.

Selepas pihak PHISGOC mengambil keputusan untuk membatalkan saingan pada hari pertama dan kedua, jurulatih 470 negara, Mohd Sahir A Kadir, menjelaskan kondisi atlet negara tetap berada di tahap terbaik untuk terus bersedia menampilkan aksi cemerlang.

"Atlet-atlet negara kekal memberikan tumpuan dan masalah ini tidak menjejaskan persiapan untuk menghadapi Sukan SEA," katanya.

"Beberapa siri latihan yang dilakukan sebelum ini membenarkan pelayar negara untuk tenang menempuhi sebarang situasi."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen