Olahraga Tertutup Malaysia: Haiqal cerahkan peluang 

Oleh Staff Writer 17 Ogos 2019 4372
Olahraga Tertutup Malaysia: Haiqal cerahkan peluang 
Pelari pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi, merangkul kemenangan berganda apabila menjuarai acara 200 meter dengan mencatat kepantasan 21.20 saat di pentas final Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia 2019 di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, petang tadi. 

Semalam, pelari berusia 20 tahun itu memenangi pingat emas 100 meter dengan catatan masa 10.59s.

Bagaimanapun, ia belum cukup untuknya meraih tiket ke Sukan SEA Filipina, November depan apabila dia kekal sebagai pelari ketiga terpantas 200 meter negara di belakang Jonathan Nyepa dan Russel Alexander Nasir Taib.

Namun, Haiqal berharap kejayaan merangkul dua gelaran juara dapat mencerahkan peluangnya disenaraikan dalam kuartet 4x100m ke temasya dwitahunan itu. 

“Saya sebenarnya tidak menjangkakan dapat memenangi (kemenangan berganda ini), kerana saya hanya fokus untuk buat yang terbaik, kejar masa dan perbaiki catatan terbaik saya (21.26s).

“Saya bersyukur dengan kemenangan ini walaupun catatan masa kurang memuaskan," katanya. 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen