Jaguh 110m berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian, hanya selangkah lagi untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA apabila acara itu terus dipertandingkan ke final.

Rayzam menjadi pilihan utama untuk mempertahankan pingat emas dalam kalangan sembilan peserta final.

Dia dijangka menerima cabaran pelari tuan rumah, Clinton Kingsley Bautista, dalam perlumbaan final petang ini.

Jika segalanya berjalan lancar, Rayzam Shah dijangka menjadi penyumbang emas ketiga skuad olahraga.

Pelari wanita negara, Raja Nursheena Raja Azhar, berdepan tugas berat untuk sekurang-kurangnya mempertahankan pingat perak yang diraih dua tahun lalu.

Dia layak ke final selepas meraih tangga keempat saringan kedua dengan catatan 14.40 saat.

Pelari berusia 28 tahun itu menghuni ranking ketujuh daripada lapan finalis petang ini.

"Saingan sangat sengit kali, namun saya tetap akan cuba mempertahankan pingat perak yang diraih dua tahun lalu," kata Nursheena.