Norza tidak mahu cepat hukum Filipina

Oleh Penulis Jemputan 29 November 2019 397
Norza tidak mahu cepat hukum Filipina
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, berasa masih terlalu awal buat kontinjen negara membuat aduan rasmi kepada Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) biarpun terdapat beberapa masalah yang timbul.

Bagaimanapun, Norza menyatakan buat masa ini sebarang aduan yang melibatkan kontinjen negara telah pun dibangkitkan oleh Chef-de-Mission, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, secara terus kepada pihak penganjur itu.

Ketika ini, keadaan masih terkawal dan tidak memerlukan sebarang aduan rasmi ekoran permasalahan dihadapi diselesaikan dengan segera. 

"Pertama sekali, bersedia dengan mesyuarat majlis tertinggi esok. Banyak perkara yang berhubung kait dengan kontinjen akan dibawa dalam mesyuarat itu dan isu yang melibatkan penempatan serta logistik akan diberikan taklimat terkini oleh PHISGOC," katanya.

Norza juga menambah masih ada ruang buat tuan rumah untuk memperbaiki situasi semasa memandangkan pembukaan rasmi temasya Sukan SEA masih berbaki dua hari. 

"Kami percaya dengan kluster yang jauh jarak antara satu sama lain akan memberi masalah di permulaan. Namun, saya yakin mesyuarat esok dapat menyelesaikan perkara ini."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen