Muay: Rifdean tepati status juara dunia 

Oleh Staff Writer 8 Disember 2019 2284
Muay: Rifdean tepati status juara dunia 
Atlet muay negara, Rifdean Masdor, mengakui kehadiran bapa menjadi pencetus semangat untuknya meraih pingat emas Sukan SEA Filipina dengan kemenangan TKO ke atas lawan dari Laos dalam aksi final kategori 45 kilogram di Pusat Konvensyen Subic sebentar tadi. 

Rifdean yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diberi kejutan apabila bapanya, Masdor Manan, hadir di Subic untuk memberi sokongan.

Dengan harapan kilauan emas dapat dijelmakan, atlet kelahiran Kuching, Sarawak, itu yang juga juara remaja dunia ternyata tidak mengecewakan.

Rifdean mempamerkan aksi memukau apabila menumbangkan Soulixay Singsavath dari Laos dengan TKO dalam pusingan kedua selepas mendahului 10-9 dalam pusingan pertama.

Ia menyebabkan lawan dikejarkan ke hospital, secara tidak langsung dia dinobat sebagai juara bagi memastikan emas yang cukup bermakna.

Seorang lagi wakil negara yang beraksi dalam final, Zulhilmi Rosli, harus berpuas hati apabila tewas kepada juara dunia dari Thailand, Narruephon Chittra, menerusi keputusan mata kategori 48kg untuk perak.



 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen