Menembak: Johnathan kesal pulang tangan kosong 

Oleh Penulis Jemputan 7 Disember 2019 228
Menembak: Johnathan kesal pulang tangan kosong 
Hasrat penembak negara, Johnathan Wong, untuk mempertahankan emas dalam acara 10 meter air pistol Sukan SEA dua tahun lalu musnah selepas sekadar menduduki tangga keempat dalam temasya di Filipina sebentar tadi. 

Terdahulu, penembak berusia 27 tahun itu menempatkan diri dalam kalangan lapan penembak terbaik untuk ke pusingan akhir di Pusat Latihan Marine Corps, Manila itu. 

Namun, kutipan 194.5 mata belum memadai buatnya menggugat atlet Thailand, Kulchairattana Pongpol, daripada memenangi emas menerusi 240.5 mata, disusuli Hoang Xuan Vinh dan Tran Quoc Cuong, masing-masing dari Vietnam dengan kutipan 239.6 dan 215.2 mata. 

"Lima tembakan pertama saya tidak begitu bagus, jadi saya berasakan perlu untuk perkemaskan aksi dan melakukan sesuatu. 

"Saya mula bangkit selepas itu. 

"Tetapi sebaik melonjak ke tangga keempat, rentak bidikan saya terjejas sedikit dan bermula daripada situ, keyakinan saya mulai goyah. 

"Ini sesuatu yang menyedihkan saya memandangkan dalam Sukan SEA  lalu, saya memenangi emas manakala dalam dua edisi yang lalu, saya menang perak dan gangsa. 

"Kali ini saya tidak memenangi apa-apa selain hanya menyertai satu acara, sebab itu saya berasakan ia satu  tekanan besar kepada saya," katanya. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen