Penampilan pertama dalam Sukan SEA Filipina memberikan pulangan yang tidak dijangka buat penembak negara, Jantan Hintu, yang membutirkan pingat gangsa dalam acara precision pistol hari ini.

Jantan, 45, yang berkhidmat dengan Rejimen Renjer Diraja Malaysia, tidak menyangka akan berada dalam kalangan pemenang pingat.

Ia disebabkan faktor kekurangan latihan dan penyertaan dalam kejohanan kompetitif.

Selepas lima pusingan, Jantan menamatkan saingan di tempat ketiga dengan 1,432 mata.

"Sebenarnya, saya tidak yakin kerana ia merupakan kejohanan pertama saya.

"Jadi, saya pun tidak sangka (dapat meraih pingat).

"Ada bahagian yang saya tidak boleh nak kawal.

"Kalau dalam sesi latihan, saya boleh buat yang lebih baik.

"Mungkin inilah rezeki saya," katanya.