Menembak: Ezuan, Nur Suryani terlepas pingat 

Oleh Staff Writer 5 Disember 2019 438
Menembak: Ezuan, Nur Suryani terlepas pingat 
Malaysia terlepas pingat dalam acara air rifle 10 meter berpasukan campuran Sukan SEA Filipina dalam penentuan pingat gangsa sebentar tadi. 

Dalam aksi di Metro Manila itu, gandingan Ezuan Nasir Khan dan Nur Suryani Taibi terpaksa berpuas hati apabila kecundang dalam penentuan dramatik yang menyaksikan mereka tewas tipis 15-17 kepada wakil Singapura. 

"Hari ini bukan rezeki saya, kami sudah cuba buat yang terbaik," kata Ezuan. 

Sementara itu, hasrat Nur Suryani untuk menyempurnakan kebangkitan tidak kesampaian apabila menyimpulkan kekalahan itu dengan berkata: "Kami telah memberi saingan yang hebat apabila bangkit daripada ketinggalan.

"Kami memberi tamparan hebat kepada pihak lawan. 

"Ia satu saingan yang hebat."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen