Memanah: Suresh tagih latihan di luar negara 

Oleh Staff Writer 16 Disember 2019 84
Memanah: Suresh tagih latihan di luar negara 
Atlet para negara, S. Suresh, enggan terlalu memikirkan cuaca panas dan keadaan angin yang tidak menentu, sebaliknya mahu kekal fokus dan bersedia untuk menghadapi Sukan Para ASEAN Filipina bulan depan. 

Suresh mengakui sudah bersedia untuk menghadapi segala cabaran di Filipina, sekali gus mencapai sasaran pingat emas yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). 

Sebelum itu, juara dunia berkenaan tewas dalam aksi separuh akhir Kejohanan Memanah Para Asia di Bangkok ekoran kecederaan di dada kirinya Oktober lalu.

Atlet berusia 25 tahun itu menjelaskan masih dalam pemulihan selain menganggap kecederaan yang dialaminya itu tidak menjejaskan persiapannya. 

"Saya tidak fikirkan tentang cuaca panas dan keadaan berangin. 

"Jurulatih sering berpesan jangan fikirkan soal kepanasan dan angin, dia menuntut kami agar fokus kepada panahan," katanya. 

Sementara itu, Suresh berharap Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin selaku presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dapat memberi peluang kepada barisan atlet para untuk meraih pendedahan di luar negara. 

"Saya berharap skuad memanah dibenarkan berlatih di luar negara untuk menghadapi cabaran angin."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen