Memanah: Juwaidi mahu layanan sama rata daripada MSN

Oleh Staff Writer 9 Disember 2019 1260
Memanah: Juwaidi mahu layanan sama rata daripada MSN

"Kami selamatkan maruah memanah negara," kata pemanah berpengalaman, Juwaidi Mazuki, yang membantu pasukannya memenangi pingat emas acara compound lelaki berpasukan Sukan SEA Filipina di Clark hari ini.

Ia juga merupakan pingat emas tunggal skuad memanah negara dalam temasya kali ini.

Di sebalik kejayaan itu, isu dianaktirikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) kembali menjadi bualan selepas merudumnya prestasi keseluruhan skuad negara.

Walaupun tidak mendapat keistimewaan seperti skuad recurve, pasukan compound negara, yang dibarisi Juwaidi, Zulfadhli Ruslan dan M. Khambeswaran, menjadi satu-satunya pemenang pingat emas.

Sebagai rekod, skuad memanah negara menyasarkan lima pingat emas dalam edisi kali ini.

"Saya bersetuju bahawa ini merupakan pengalaman yang paling sukar buat barisan pemanah negara  untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu, Fatin Nurfatehah Mat Salleh turut terlepas peluang untuk memenangi emas acara compound individu wanita.

Sandaran emas itu gagal melakukan panahan konsisten dalam dua ends terakhir untuk akur tewas 146-141 kepada pemanah Thailand, Kanoknapus Kaewchomphu.

"Saya telah melakukan panahan terbaik dan membuat persiapan rapi sebelum saingan bermula.

"Namun, sukan ini amat sukar untuk dijangka pada hari pertandingan," katanya. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen