Memanah: Cuaca tidak jejas prestasi Khairul Anuar

Oleh Staff Writer 5 Disember 2019 405
Memanah: Cuaca tidak jejas prestasi Khairul Anuar
Cuaca panas dan berangin tidak merencatkan prestasi pemanah recurve negara, Khairul Anuar Mohamad, yang menepati ramalan untuk layak ke pusingan kalah mati Sukan SEA Filipina di Clark hari ini. 

Khairul Anuar menamatkan pusingan kelayakan di tempat pertama dengan mengumpulkan 676 mata.

"Untuk bidikan saya, ia masih boleh tahan kerana keadaan angin di sini tidak menentu, jadi sedikit-sebanyak kami akan terlalu berwaspada dan berjaga-jaga.

"Apa yang paling mencabar ialah cuaca panas kerana apabila melakukan panahan, muka kami betul-betul menghadap matahari," katanya.

Selainnya, seorang lagi pemanah negara, Zarif Syahiir Zolkepeli, turut layak selepas menamatkan pusingan awal itu di tempat keempat dengan kutipan 656 mata. 

Dalam pada itu, Nur Afisa Abdul Halil dan Nur Aliya Ghapar akan menjadi sandaran skuad wanita negara dalam pusingan kalah mati bermula esok

"Alhamdulillah, saya dapat buat yang terbaik.

"Saya dapat mengurangkan kesilapan, jadi saya amat berpuas hati.

"Saingan semakin mencabar tetapi macam-macam boleh terjadi.

"Saya hanya memikirkan prestasi sendiri dan berserah terhadap apa-apa keputusan," kata Nur Afisa.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen