Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) bertekad mencipta sejarah dalam Sukan SEA hujung bulan ini walaupun bakal membuat penampilan pertama di Filipina.

Skuad luncur ombak negara yakin berpeluang cerah memenangi pingat dalam semua empat acara ketika sukan itu buat kali pertama menemui peminat dalam Sukan SEA 2019.

Pengurus pasukan luncur ombak negara, Muhammad Faisal Daud, bertekad mampu memberi satu kejutan buat peminat sukan tanah air.

"Kami mahu membuktikan Malaysia memiliki peluncur yang berkualiti dan mampu bersaing di pentas antarbangsa. Kami juga mahu menghadirkan impak di Manila nanti," kata Faisal.

Skuad negara akan bertanding dalam tiga acara, iaitu short board dan long board, masing-masing bagi lelaki dan wanita.

Bagi memastikan impian mereka tercapai, segala latihan kini ditumpu kepada kekuatan mental atlet dan kecergasan mereka.

"Semua atlet berada di Cherating menjalani latihan di sana bagi mempertingkatkan lagi kekuatan mental, fizikal dan kemahiran meluncur ombak," tambahnya.