Atlet luncur ais negara, Julian Yee, yakin akan meraih pingat emas buat kontinjen negara dalam Sukan SEA Filipina menjelang aksi final hari ini.

Sebelum ini, Julian menduduki tempat pertama acara short program dengan 63.35 mata.

Dia dicabar hebat atlet tuan rumah, Christopher Caluza, yang berada di kedudukan kedua dengan 62.37 mata.

Namun, berdasarkan sesi latihan semalam, Julian yakin jika dia mampu meriah pingat emas buat negara

"Jika saya dapat melakukan seperti ketika latihan, perluang saya agak tinggi.

"Tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari pertandingan.

"Saya hanya perlu berhati-hati supaya tidak terjatuh," katanya.

Dia juga berharap kejayaannya hari ini akan menjadi pencetus rentak kontinjen negara untuk mencabar pingat emas di Filipina.

"Saya berharap dapat menjadi pencetus kepada permulaan baik kontinjen Malaysia.

"Cogan kata kami adalah menang sebagai satu pasukan, jadi kami mahu melakukan yang terbaik untuk memulakan kecemerlangan sepanjang temasya ini," tambahnya.