Luncur ais: Julian harapkan lebih banyak pendedahan

Oleh Staff Writer 10 Disember 2019 146
Luncur ais: Julian harapkan lebih banyak pendedahan
Atlet luncur ais negara, Julian Yee, berada di tahap tersendiri selaku peluncur ais bertaraf Olimpik dengan reputasi peribadi cukup menarik untuk diperkatakan, bukan sahaja membanggakan Malaysia, malah menjadi fenomena di Asia Tenggara.

Siapa sangka, dalam negara yang miliki iklim Khatulistiwa, muncul satu nama yang ketika ini sedang meniti di bibir rakyat.

Nama Julian kini tidak asing lagi dan dia adalah kebanggaan rakyat Malaysia kerana pesona yang dibawanya turut meresap sehingga ke peringkat Asia Tenggara.

Sukan SEA Filipina sekali lagi menjadi medan untuk membuktikan Julian antara nama yang mendapat jeritan dan sorakan ramai penonton walaupun bukan daripada kalangan rakyat Malaysia.

"Saya harap sukan ini menerima lebih banyak pendedahan kepada orang ramai dan lebih ramai yang mahu mencubanya. Saya juga harap media memberikan lebih perhatian dalam usaha untuk menghasilkan atlet bertaraf dunia," katanya.

Gerak tari dan kelincahan Julian ketika beraksi dilihat membawa aura tersendiri dan ternyata tahap yang dimilikinya mampu menarik perhatian penonton yang teruja melihat persembahannya.

Dia ternyata lain daripada biasa, malah atlet itu menyimpan hasrat besar untuk memperkasakan sukan luncur ais di Malaysia walaupun tidak masuk akal jika dilihat daripada segi iklim Malaysia.

"Kepada semua rakyat Malaysia yang memberikan sokongan sejak dua tahun lalu, ia terlalu istimewa. Dua tahun menerima sokongan sebegitu, saya sangat gembira."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen