Atlet lawan pedang negara, Joshua Koh I-Jie yakin secara taktikal mampu mengatasi pihak lawannya dari Asia Tenggara apabila acaranya dalam saingan Sukan SEA Ke-30 bakal bermula Khamis ini.

Sebelum ini, atlet itu telah menjalani sesi latihan selama enam minggu di Pisa, Itali bagi mempertajamkan kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri bagi temasya dwitahunan itu.

Selepas melihat atlet lawan pedang Asia Tenggara yang lain, atlet berusia 28 tahun itu yakin memiliki taktikal yang lebih berkesan dan dalam usaha untuk merealisasikan misi mencapai sebutir pingat.

"," kata Joshua.

Tambahnya lagi, selepas meraih pengalaman di Pisa, Joshua boleh dikatakan 100 peratus bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk saingan Sukan SEA.

"."

Bagi kategori wanita foil, harapan negara, Natasha Ezzra Abu Bakar, gagal mengawal ketangkasan atlet Vietnam, Thi Anh Do, sekaligus tewas dalam suku akhir 13-15.