Jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, mahu anak buahnya memandang ke depan dan menjadikan kekalahan 0-1 kepada Filipina sebagai pengajaran sebelum menentang Timor Leste dalam perlawanan Kumpulan A, Sukan SEA Filipina esok.

Apa yang berlaku sebelum ini perlu dilupakan.

Kim Swee tidak mahu anak buahnya memendam rasa kecewa sehingga terlupa masih ada dua perlawanan penting yang menanti.

Timor Leste adalah sasaran seterusnya dan skuad negara memerlukan kemenangan besar dalam perlawanan itu.

"Kami menghormati Timor Leste walaupun menyedari pingat emas amat penting.

"Kami tidak boleh mengambil mudah.

"Kami menghormati setiap lawan tetapi mahu mendapatkan keputusan yang kami mahukan," katanya.

Bagaimanapun, penyerang negara, Akhyar Rashid, dijangka akan direhatkan kerena kecederaan.

"Akhyar mengalami kecederaan buku lali dan kami akan melihat keadaannya sama ada boleh diturunkan ataupun tidak," tambahnya.