Atlet kickboxing negara, Mohamed Mahmoud, mengakui perlu segera membiasakan diri dengan penggunaan siku dan lutut menjelang tugasan dalam Sukan SEA di Filipina bulan depan.

Selaku atlet muay thai yang akan beraksi dalam sukan kickboxing, beberapa perbezaan perlu segera didominasi Mohamed.

Dia mengakui ia bukan perkara mudah tetapi atlet yang masih memiliki kontrak dalam saingan One Championship itu memberi jaminan bahawa kelemahan itu akan segera diperbaiki.

"Untuk Sukan SEA, saya tak kisah beraksi sukan apa pun. Yang penting, saya mahu buat terbaik untuk negara. Saya sudah sertai lima kejohanan tahun ini dan sekarang hanya fokus untuk saingan di Filipina," katanya.

Kickboxing akan diperkenalkan buat kali pertama dalam Sukan SEA tetapi di atas kertas, Indonesia dan tuan rumah, Filipina, dilihat sebagai pencabar utama.

"Tidak banyak beza di antara muay thai dan kickboxing. Tugas saya ialah untuk membantu atlet menyesuaikan atlet dengan latihan serta peraturan. Sebagai contoh, siku dan lutut tidak boleh digunakan," ujar jurulatih kebangsaan, Khoo Meng Yang.

Malaysia akan menghantar lima wakil untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas dari Filipina nanti.