Karate: Prem Kumar padam kedukaan dengan emas 

Oleh Staff Writer 7 Disember 2019 1444
Karate: Prem Kumar padam kedukaan dengan emas 
S. Prem Kumar mengetuai skuad karate negara apabila mengungguli acara final kumite individu B-55 kilogram dalam Sukan SEA Filipina di Pusat Dagangan Dunia Metro Manila sebentar tadi. 

Dia mempamerkan ketangkasan untuk mengatasi peserta tuan rumah, Montalvo Norman, 3-1 bagi kejayaan pingat emas, sekali gus memadamkan kedukaannya dalam edisi ke-29 di Kuala Lumpur apabila terpaksa berpuas hati memungut gangsa susulan dipalit kontroversi dalam laluannya ke final. 

"Saya gembira kerana dalam Sukan SEA lalu, saya kalah kepada lawan yang sama dari Filipina. 

"Ini adalah sasaran saya dan apa yang telah saya kehilangan, saya mahu merampasnya semula di Filipina. 

"Saya kalah di tempat sendiri tetapi saya merampasnya semula di tempat lawan. 

"Jadi saya sangat gembira.

"Saya mengambil sikap positif terhadap sebarang kelakuan daripada penyokong tuan rumah, jadi ia telah menyuntik keyakinan kepada saya. 

"Fizikal dan mental saya sudah cukup bersedia untuk bertemu dengannya," katanya. 




 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen