Karate: Madhuri butir emas kedua Malaysia

Oleh Penulis Jemputan 8 Disember 2019 258
Karate: Madhuri butir emas kedua Malaysia
P. Madhuri membutirkan pingat emas kedua buat skuad karate negara apabila menewaskan lawan dari Thailand, Tippawan Khamsi, 4-1 dalam final Sukan SEA Filipina di Pusat Dagangan Dunia, Metro Manila hari ini.

Atlet berusia 20 tahun dari Sungai Petani itu jelas sukar untuk ditandingi Tippawan dan mengekalkan penguasaan dalam gelanggang untuk menjuarai acara kumite individu B-55 kilogram wanita itu.

Terdahulu, S. Prem Kumar membutirkan emas pertama dalam acara kumite individu B-55 kilogram lelaki semalam.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen