Hoki dalam dewan: Skuad lelaki kita sumbang emas ke-56 

Oleh Penulis Jemputan 10 Disember 2019 1012
Hoki dalam dewan: Skuad lelaki kita sumbang emas ke-56 
Pasukan hoki dalam dewan lelaki negara mengetepikan hasrat Thailand apabila menang 3-1 dalam penentuan pingat emas Sukan SEA Filipina di LB Centre Mall and Convention Centre, Luzon Selatan sebentar tadi.

Thailand terbukti bukan lawan mudah buat barisan kendalian Muhammad Amin Rahim berkenaan yang menang 2-0 dalam pertemuan di peringkat awal. 

Seperti diduga, skuad negara yang diketuai Mohd Hanip Che Halim itu tidak diberi laluan mudah untuk mengulangi pencapaian edisi di Kuala Lumpur dua tahun lalu apabila mengakhiri separuh masa pertama dengan kelebihan 2-1, namun tambahan satu gol dalam baki babak sudah cukup bagi memadam semangat juang lawan. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen