Golf: Skuad wanita kita akur kehebatan tuan rumah

Oleh Staff Writer 8 Disember 2019 118
Golf: Skuad wanita kita akur kehebatan tuan rumah
Cemerlang mengatasi pilihan pertama, Thailand, dalam aksi separuh akhir bukan gambaran jelas untuk Malaysia mudah unggul di pentas final saingan golf berpasukan wanita susulan kekalahan 0-1 di tangan tuan rumah, Filipina, dalam saingan Sukan SEA di New Clark City hari ini.

Malaysia bermula dengan yakin apabila wakil negara, Natasha Andrea Oon, mengatasi Bianca Isabel Pagdanganan 2 up dalam 6 lubang terawal.

Sehingga ke lubang 12, Bianca berjaya merapatkan kedudukan, sekali gus mengheret permainan hingga ke lubang seterusnya tetapi di lubang ke-15, dia menjarakkan kedudukan kepada 1 up di lubang ke-5 dan 14 untuk terus mendominasi sehingga lubang ke-15 dan 16.

Ketika di lubang 16, wakil tuan rumah berusia 22 tahun itu mencatat birdie untuk menewaskan Natasha dengan keputusan 3 dan 2, sekali gus membolehkan Filipina mendahului satu mata.

Bagi satu lagi permainan melibatkan Ashley Lau menentang Lois Kaye Go, perlawanan berlanjutan hingga ke lubang 18 untuk kedudukan seri, sekali gus memuktamadkan kemenangan 1-0 Filipina ke atas Malaysia.

"Angin sangat kuat pada hari ini dan saya masih cuba menyesuaikan diri. Saya tidak bermain buruk tetapi lawan beraksi dengan sangat baik. Saya rasa Filipina berhak menang," kata Natasha.

"Ia aksi yang sangat sengit. Ketika lubang 17, saya berpeluang mencipta birdie tetapi terlepas. Ia memberi kesan kepada perlawanan," tambah Ashley.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen