Gimrama: Malaysia teruskan kilauan emas

Oleh Staff Writer 7 Disember 2019 1460
Gimrama: Malaysia teruskan kilauan emas
Pingat emas terus bergemerlapan dalam acara gimrama Sukan SEA Filipina apabila skuad negara menjuarai acara berpasukan all-around di Coliseum Memorial Rizal hari ini.

Malaysia, yang dibarisi Chan Mei Thung, Eu Jia Xin, Koh Jei Yi, Lee Xin Yao, Lim Chyi Ean dan Shak Yuki, mengumpulkan mata tertinggi sebanyak 40.050.

Thailand muncul pasukan kedua terbaik dengan 39.900 mata manakala Filipina (20.600 mata) memenangi gangsa.

Sebagai rekod, skuad gimrama negara menamatkan kempen di Filipina dengan empat pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen