Kesuntukan waktu latihan dan kurang pendedahan kejohanan antarabangsa tidak merencatkan misi gimnas negara, Amy Kwan Dict Meng, yang baru sahaja pulih daripada kecederaan untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

Kecederaan buku lali kiri menyebabkan Amy terpaksa menjalani pembedahan Disember lalu, sekali gus terlepas peluang menyertai semua kejohanan besar tahun ini.

Bagaimanapun, Kejohanan Antarabangsa Helipolis di Mesir minggu lalu menyaksikan atlet berusia 24 tahun itu meraih emas acara reben selain menamatkan kejohanan secara keseluruhan di tempat ketujuh.

Tambahnya lagi, meskipun merasai tekanan sukan gimrama diletakkan sebagai 'lubuk emas', atlet itu kekal optimis skuad negara kini berada di landasan terbaik.

"," kata Amy.

Skuad gimnastik artistik kebangsaan diletakkan sasaran untuk menyapu bersih kesemua lima pingat emas yang dipertandingkan dalam temasya di Filipina ini.

"."