Gimrama: Izzah butir emas pertama

Oleh Penulis Jemputan 7 Disember 2019 830
Gimrama: Izzah butir emas pertama
Izzah Amzan membutirkan pingat emas pertama skuad gimrama negara dalam Sukan SEA Filipina apabila mengungguli acara bola di Coliseum Menorial Rizal, Manila hari ini.

Gimnas negara itu mengumpulkan 17.800 mata dan berkelebihan 1.500 mata di depan peserta Thailand, Nat Kulsanawong, yang meraih perak.

Gangsa pula menjadi milik wakil pasukan tuan rumah, Daniela Reggie Dela Pisa, dengan 15.600 mata.

Terdahulu, Izzah dan Amy Kwan, masing-masing menyumbangkan pingat perak dan gangsa dalam acara gelung.

Pingat emas pula dimenangi Dela Pisa.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen