Chef-de-Misson (CDM) Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, menyifatkan permulaan garang atlet negara dalam Sukan SEA Filipina merupakan petanda positif untuk mencapai sasaran 70 pingat emas.

Kontinjen negara meletakkan sasaran itu selain mahu menduduki kelompok empat teratas daripada 11 negara bertanding.

Walaupun masih awal, permulaan sempurna dalam dua hari pertama itu dilihat sebagai tonik terbaik buat atlet negara untuk melunaskan misi masing-masing

""Ada beberapa acara yang kita menang (pingat emas) bukan berada dalam senarai.

"Sebab itu saya katakan sejak awal lagi, saya menganggap semua orang berpeluang.

"Tiada sukan yang datang sekadar untuk menimba pengalaman.

"Jadi, akhirnya mereka memnbuktikannya," katanya.