Boling tenpin: Siti Safiyah lega butir perak

Oleh Penulis Jemputan 5 Disember 2019 267
Boling tenpin: Siti Safiyah lega butir perak
Pemain boling tenpin negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, lega apabila memastikan kilauan pingat perak dalam acara berpasangan campuran untuk sekurang-kurangnya menyelamatkan kempen negara yang agak suram dalam Sukan SEA Filipina. 

Dia mengakui prestasi skuad wanita negara tidak menonjol dalam edisi kali ini, namun dia berhasil melakukan sesuatu untuk meraih perak acara berpasangan campuran bersama Ahmad Muaz Fishol di Starmall EDSA-Shaw, Manila hari ini.

"Dalam game terakhir, kami ketinggalan dekat 20 pin.

"Adalah juga rasa tertekan tetapi kami sepatutnya boleh buat lebih, cuma tidak menjadi," katanya.

Ahmad Muaz,  yang membuat penampilan kedua dalam edisi ini, turut kecewa apabila gagal mengekang kebangkitan pasangan dari Indonesia, Ryan Leonard Lalisang-Aldila Indrayanti, untuk akur sekadar meraih gangsa.

"Saya lambat menyelaraskan permainan dalam game terakhir dan dihukum.

"Tetapi saya cuba buat yang terbaik, cuma Indonesia dapat (melakukan) lebih strike ," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen