Dua pemain boling tenpin sudah mengesahkan tiket ke Sukan SEA Filipina, November depan dengan prestasi menjadi asas pemilihan jurulatih negara, Holloway Cheah.

Dalam sidang media skuad itu sempena temasya dwitahunan berkenaan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, sebentar tadi, beliau menganggap pemilihan Rafiq Ismail dan Sin Li Jane sebagai bertepatan dengan prestasi mereka yang memberangsangkan tahun ini.

Ketika ini, cabarannya adalah menamakan atlet selebihnya untuk saingan kategori berpasukan berikutan belum ada pengesahan lorong daripada negara penganjur dalam usaha mereka menepati sasaran empat pingat emas yang ditetapkan.

Ikuti perkembangan selanjutnya dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini