Boling tenpin: CDM sasar podium dalam setiap acara

Oleh Staff Writer 8 Oktober 2019 16
Boling tenpin: CDM sasar podium dalam setiap acara
Chef-de-mission (CDM) Sukan SEA 2019 negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, menyasarkan skuad tenpin boling untuk menjejak kaki di atas podium dalam setiap acara dipertandingkan.

Manila 2019 menawarkan sembilan pingat emas secara kesuluruhan buat boling tenpin.

Sekalipun Malaysia memiliki reputasi sebagai antara terbaik di Asia, misi untuk menjejakkan kaki ke podium dalam setiap acara itu tetap dilihat sebagai tugas luar biasa.

Ini berdasarkan keputusan di Kuala Lumpur 2017 di mana Malaysia gagal berada bersama kalangan pemenang pingat dalam tiga daripada 11 acara.

Untuk kempen kali ini, Malaysia akan mempertaruhkan lapan atlet yang akan membentuk skuad lelaki dan wanita.

"Saya berasakan atlet negara akan berada di podium untuk sembilan acara yang disertai di Manila nanti. Saya percaya dengan kemampuan mereka," kata Megat Zulkarnain lagi.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen