Boling: Shalin terlepas satu emas

Oleh Penulis Jemputan 3 Disember 2019 14
Boling: Shalin terlepas satu emas
Ratu boling tenpin negara, Shalin Zulkifli, kehilangan pingat emas yang boleh mendekatkan dirinya dengan rekod Sukan SEA sepanjang zaman negara milik bekas perenang, Nurul Huda Abdullah, apabila berputih mata dalam acara individu Sukan SEA Filipina hari ini.

Shalin memerlukan dua pingat emas untuk menyamai rekod 22 pingat emas milik Nurul Huda.

Berdasarkan acara, dia masih memiliki peluang dalam acara berpasangan wanita, berpasangan campuran, empat sepasukan dan berkemungkinan layak ke acara masters --  dia merupakan juara bertahan acara itu di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Dalam saingan individu di Starmall EDSA-Shaw, Metro Manila hari ini, dia menamatkan saingan di tempat ketujuh dengan 1229 jatuhan pin.

"," katanya.

Berdasarkan keputusan acara individu itu, Malaysia kehilangan pingat perak dan gangsa yang diperoleh dalam edisi di Kuala Lumpur 2017.

Wakil negara yang paling hampir untuk mencabar kedudukan pingat ialah Sin Li Jane, yang menamatkan saingan di tempat keempat.

Ester Cheah dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman pula, masing-masing menamatkan saingan di keenam dan kesembilan.

"," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen