Taufan Kammuri dijangka akan membadai Filipina hujung minggu ini, sekali gus meletakkan ketua jurulatih skuad boling padang negara, Zuraidi Puteh, dalam keadaan bersiap-sedia andai jadual pertandingan dalam Sukan SEA Filipina yang bermula esok terpaksa dipinda.

Acara itu antara yang akan terjejas ekoran Taufan Kammuri yang dijangka mula membadai esok.

Terdapat cadangan supaya waktu pertandingan acara boling padang dipinda bagi mengelakkan sebarang cuaca buruk.

"Bencana ribut itu merupakan yang kali pertama akan kami hadapi.

"Kami pernah mengalami kesukaran kerana angin yang kuat tetapi cuaca ribut seperti itu belum pernah kami hadapi," katanya.

"Walaupun pertandingan kami hanya selama lima hari, atlet sendiri perlu pandai menjaga diri masing-masing," tambah kapten skuad negara, Fairul Izwan Abdul Muin.

Taufan Kammuri akan membawa angin selaju 115 kilometer sejam.

Media tempatan melaporkan ia akan menjejaskan beberapa venue temasya itu, terutama acara yang dipertandingkan di tempat terbuka.