Skuad bola tampar pantai wanita negara gagal menghadirkan tentangan sengit kepada Thailand dalam acara berpasukan apabila tewas 0-4 dalam perlawanan pertama peringkat round robin di Subic hari ini.

Seperti skuad lelaki, skuad wanita juga sekadar turun beraksi dalam perlawanan itu untuk mencari keserasian dengan gelanggang kerana menyedari kesukaran untuk menumbangkan Thailand selaku juara bertahan.

Pasangan pertama negara, Tasha Mae-Tan Hsi Yan, tewas 10-21, 6-21 kepada Varapatsorn-Khanittha Hongpak sebelum Shun Woon Joo-Foo Sin Xi tewas 11-21, 11-21 kepada lawan mereka.

"Mereka berpengalaman luas berbanding kami.

"Jadi, saya fikir kami telah melakukan yang terbaik untuk Malaysia," kata Woon Joo.