Atlet bola tampar pantai negara, Aizatt Zokri, menyifatkan pertemuan menentang Filipina dalam perlawanan kedua acara berpasukan lelaki sebagai misi wajib menang untuk mencerahkan peluang meraih pingat dalam Sukan SEA Ke-30.

Skuad negara mengorbankan aksi pertama menentang Indonesia dengan keutamaan diberikan terhadap penyesuaian gelanggang berbanding mengalahkan lawan.

Ini kerana aksi lebih penting menanti mereka dalam perlawanan kedua bertemu Filipina sebagai lawan yang disasarkan untuk menang dalam saingan kali ini.

"Kami akan banyak berbincang mengenai konsep taktikal dan teknikal. Ia akan digunakan sebaik mungkin ketika berdepan Filipina," katanya.

Skuad negara dijangka tidak mengubah kombinasi pemain, sebaliknya mengekalkan Aizzat dan Rafi Asruki Nordin untuk gandingan kedua manakala Raja Nazmi Saifuddin dan Jackson Kiet Sing sebagai gandingan pertama.