Bola sepak: Rentak atlet negara tidak terjejas -- Megat Zulkarnain

Oleh Staff Writer 5 Disember 2019 102
Bola sepak: Rentak atlet negara tidak terjejas -- Megat Zulkarnain
Ketua kontinjen negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, enggan kegagalan skuad bola sepak negara dalam Sukan SEA Ke-30 mengganggu rentak atlet negara yang lain untuk melunaskan misi 70 pingat emas.

Kontinjen negara terpaksa berputih mata untuk memenangi ibu emas Sukan SEA apabila skuad bola sepak negara gagal layak ke separuh akhir.

Ini susulan anak buah Datuk Ong Kim Swee itu tewas 1-3 kepada Kemboja dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Manila semalam.

Megat Zulkarnain ketika ditemui tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap prestasi buruk skuad diketuai Adam Nor Azlin itu, namun percaya kegagalan itu tidak akan memberi kesan kepada kontinjen negara.

"Ia adalah ibu pingat Sukan SEA tetapi kita harus melihat semua pingat adalah sama dan atlet-atlet lain masih lagi berusaha untuk menghadirkan kilauan emas buat kontinjen negara," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen