Bola sepak: Malaysia bernasib baik -- Kim Swee

Oleh Staff Writer 3 Disember 2019 5252
Bola sepak: Malaysia bernasib baik -- Kim Swee
“Kami bernasib baik.”

Itu luahan ketua jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, merujuk kepada prestasi pasukan kendaliannya itu ketika bertemu Timor Leste dalam aksi ketiga peringkat kumpulan Sukan SEA yang berkesudahan menang 4-0 di Stadium Memorial Rizal, semalam.

Biarpun mencatat kemenangan, sekali gus mengutip empat mata selepas tiga perlawanan, namun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.

Itu sudah pasti menjadi tumpuan utama pengendali itu menjelang cabaran terakhir peringkat kumpulan menentang Kemboja di mana sekali lagi mereka dituntut mencari kemenangan selesa.

Dalam aksi semalam, Malaysia berdepan kekangan melibatkan benteng negara yang banyak diasak tetapi nasib skuad kebangsaan agak baik kerana tiada jaringan terhasil daripada lawan.

"Kami bernasib baik memandangkan banyak peluang yang tidak digunakan sebaik-baiknya oleh pemain Malaysia," kata Kim Swee.

Rangkaian penyerang Timor Leste banyak memberi masalah buat pertahanan negara, namun bagi pengendali Timor Leste, Fabiano Flora, ia tidak menjamin apa-apa jika tiada sebarang gol dihasilkan. 

"Lawan berasa tertekan apabila menentang pasukan kecil seperti kami, lebih-lebih lagi apabila banyak peluang dicipta. Namun, kami tidak menjaringkan gol," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen