Bola keranjang: Skuad wanita bangkit tewaskan Thailand

Oleh Staff Writer 2 Disember 2019 2400
Bola keranjang: Skuad wanita bangkit tewaskan Thailand
Skuad bola keranjang 3x3 wanita negara meneruskan momentum cemerlang dalam saingan Kumpulan A, Sukan SEA Filipina apabila menewaskan Thailand 21-19 di San Juan, Metro Manila hari ini.

Kemenangan 22-6 ke atas Myanmar dalam perlawanan terakhir semalam menjadi suntikan semangat buat skuad kendalian Yoong Sze Yuin itu untuk bangkit menewaskan Thailand.

Malaysia, yang membariskan Tai Chia Qian, Pang Hui Pin, Yap Fook Yee dan Eugene Ting, jauh ketinggalan pada awal permainan sebelum bangkit bertenaga untuk mencatatkan kemenangan dramatik bagi mencerahkan peluang ke separuh akhir.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen