Skuad bola jaring negara diuji hebat oleh Singapura sebelum menang 54-49 bagi mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Sukan SEA Filipina hari ini.

Ketua jurulatih skuad negara, Tracey Robinson, berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan pasukannya, namun mengakui mereka perlu lebih tekal bermula dengan perlawanan menentang Brunei dalam separuh akhir.

"Kami perlu berusaha dengan amat keras kerana membenarkan mereka untuk bangkit.

"Kami berada di kedudukan selesa sebelum mensia-siakan kelebihan.

"Itulah yang menarik, apabila satu pasukan mendahului, satu pasukan lagi mengejar.

"Kami perlu lebih tekal selepas ini," katanya.

Ditanya sama ada barisan pemain sama akan dikekalkan hingga ke final atau tidak, Robinson menambah: "Ya dan tidak. Saya masih perlu menguji beberapa kombinasi.

"Saya mahu melihat bagaimana setiap pemain menghadapi tekanan.

"Kami boleh menggilirkan pemain untuk memberikan mereka peluang.

"Tekanan daripada penonton juga amat bagus kerana ia membantu pemain untuk menyesuaikan diri dengan tekanan itu," katanya.