Bola jaring: Hadiah terbaik buat Noramirah

Oleh Staff Writer 2 Disember 2019 1221
Bola jaring: Hadiah terbaik buat Noramirah
Pemain pertahanan skuad bola jaring negara, Noramirah Dayana Noor Azhar, menyifatkan kejayaan mempertahankan emas dalam Sukan SEA Filipina 2019 sebagai hadiah hari jadi terbaik buat dirinya sepanjang bergelar pemain kebangsaan.

Skuad kebangsaan bimbingan Tracey Robinson itu mempertahankan emas dalam Sukan SEA Ke-30 dengan menewaskan musuh tradisi, Singapura, 48-42 dalam aksi final di Kompleks Sukan Santa Rosa, Laguna, Manila hari ini.

"Malaysia telah memberikan aksi terbaik dan meraih pingat emas buat kontinjen Malaysia. Kejayaan ini merupakan hadiah hari jadi yang ke-25 dan merupakan hadiah terbaik sepanjang hidup saya.

"Kami berharap sukan bola jaring akan terus berkembang di Malaysia untuk menjadi setaraf pasukan di luar negara seperti Australia dan New Zealand," katanya. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen