Pingat emas Sukan SEA ke-30 dianggap hadiah perpisahan terbaik buat jurulatih bola jaring negara, Tracey Robinson, yang bakal menamatkan kontraknya hujung tahun ini.

Jurulatih kelahiran Australi itu beranggapan tugasnya di Malaysia selesai selepas membantu negara mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan membenam Singapura di pentas final.

Tracey dipanggil semula oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) awal Januari lalu, memandangkan skuad negara dianggap prospek menjadi penyumbang emas bagi saingan kali ini.

Tracey bukanlah asing kerana dia jugalah individu yang membantu negara merampas emas dari Singapura ketika Kuala Lumpur 2017.

"," kata Tracey.

Setakat ini, masih belum ada perbincangan rasmi antara Tracey bersama badan induk itu namun jurulatih tidak menolak untuk terus membimbing Malaysia jika khidmatnya masih diperlukan.

"."