Pemain pool kebangsaan, Ibrahim Amir, mencatat rekod atlet Malaysia paling tua menyertai Sukan SEA Filipina tatkala dia masih lagi kemarau pingat emas sejak membuat penampilan sulung dalam temasya tahun 2001.

Pada usia 18 tahun, dia telah mula mewakili negara di pentas Sukan SEA tetapi Ibrahim masih belum puas selepas hanya meraih dua pingat perak di Korat, Thailand pada 2007 sebelum kemarau pingat sehingga saingan di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Namun, kepuasan belum dirasai selagi tidak dapat menggenggam emas dalam temasya itu.

“Kami tidak berlatih di luar negara. Dulu ada, saya sering ke luar negara dan turut meraih kejayaan dalam beberapa kejohanan utama,” katanya.

Skuad snuker dan billiard negara bakal dibarisi 16 pemain dan harapan harapan terbaik pingat diletakkan kepada Moh Keen Ho dan Lim Kok Leong dalam acara individu serta berpasangan.

“Filipina mempunyai pemain pool bertaraf dunia. Mereka merupakan pencabar utama,” tambah Ibrahim.